26 February 2009

Jenis-Jenis Pakaian

Pada masa ini, hampir semua jenis majlis ada menetapkan jenis pakaian yang tetamu perlu pakai. Peraturan pakaian ini ada disebut dalam kad jemputan sama ada di sebelah kanan, bawah ataupun sebelah belakang kad. Antara jenis pakaian yang biasa terdapat dalam kad jemputan ialah:
  1. Pakaian Kebangsaan Rasmi;
  2. Pakaian Kebangsaan Hitam;
  3. Pakaian Kebangsaan
  4. Dark Lounge Suit;
  5. White Tie atau Tail Coat;
  6. Dinner Jacket, Black Tie atau Smoking Jacket;
  7. Morning Dress;
  8. Pakaian Kerja
  9. Lounge Suit;
  10. Batik Lengan Panjang
  11. Pakaian yang sesuai;
  12. Pakaian Sopan; dan
  13. Pakaian Bebas
PAKAIAN KEBANGSAAN RASMI

Apabila Pakaian Kebangsaan Rasmi dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi;
  1. Tanjak bewarna hitam
  2. Baju Melayu bewarna hitam berleher cekak musang
  3. Seluar hitam
  4. Samping Warna Hitam (Songket)
  5. Bengkung Warna Hitam
  6. Stoking Warna Hitam
  7. Sepatu kulit hitam berkilat
  8. Berkeris (waktu malam tidak berkeris)
PAKAIAN KEBANGSAAN HITAM

Apabila Pakaian Kebangsaan Hitam dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Songkok hitam
  2. Baju Melayu bewarna hitam berleher cekak musang
  3. Samping songket hitam
  4. Stoking hitam
  5. Sepatu kulit hitam berkilat
PAKAIAN KEBANGSAAN

Apabila Pakaian Kebangsaan dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Songkok hitam
  2. Baju Melayu berleher cekak musang
  3. Seluar Melayu
  4. Samping songket
  5. Stoking hitam
  6. Sepatu kulit hitam berkilat
Warna seluar, baju dan samping adalah pilihan sendiri tetapi hendaklah bersesuaian (warna seluar dan baju hendaklah sama).

DARK LOUNGE SUIT

Apabila Dark Lounge Suit dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Lounge Suit bewarna gelap
  2. Kemeja putih berkolar
  3. Tali leher warna gelap
  4. Stoking hitam
  5. Sepatu kulit hitam berkilat
  6. Bersongkok (jika disebut dan diperlukan)
WHITE TIE

Apabila White Tie dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Tail Coat panjang hitam
  2. Waistcoat putih
  3. Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan
  4. Wing Collar
  5. Bow-tie putih
  6. Seluar hitam
  7. Sepatu kulit hitam berkilat
DINNER JACKET 'BLACK TIE' ATAU 'SMOKING JACKET'


Apabila Black Tie dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau Shell Jaket Putih (Tuxedos)
  2. Kemeja putih berkanji dibahagian hadapan
  3. Soft Collar
  4. Bow-tie hitam
  5. Cummerbund (bengkong) hitam atau Waistcoat putih
  6. Seluar hitam dengan jalur sutera
  7. Stoking hitam
  8. Sepatu kulit hitam berkilat
MORNING DRESS
Apabila Morning Dress dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Tail Coat hitam
  2. Waistcoat hitam
  3. Kemeja Putih
  4. Plain Collar (stiff turndown)
  5. Tali leher warna kelabu
  6. Seluar hitam berjalur-jalur
  7. Stoking hitam
  8. Sepatu kulit hitam berkilat
(Topi hitam sutera dipakai bagi majlis rasmi dan formal)

Pakaian kerja memadai dengan kemeja lengan panjang dan tali leher yang biasa dipakai di pejabat ataupun bush jacket warna seluar dan baju. Lounge suit sama seperti Dark Lounge suit tetapi warnanya bebas. Walaupun warna bebas tetapi perlu disesuaikan dengan masa. Batik lengan panjang biasanya dipadankan dengan seluar bewarna gelap. Pakaian batik lengan panjang sesuai untuk acara pagi, tengah hari, petang dan malam. Jika disebut pakaian yang sesuai atau pakaian sopan atau bebas tidak bermakna bebas sesuka hati. Adalah lebih selamat jika lelaki memakai batik lengan panjang dan wanita memakai baju kurung.

Peraturan pakaian wanita bagi majlis yang diadakan di Istana Negara adalah seperti berikut:
  1. Baju kebaya hendaklah labuh sehingga ke bawah paras lutut;
  2. Kain bagi baju kebaya tidak boleh yang ada belah sama ada di tepi atau di belakang;
  3. Blouse bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan dan tidak menunjukkan perut dan pusat. Pakaian cheongsam hendaklah labuh ke paras tumit kaki dan yang ada lengan serta belahannya sampai ke paras lutut sahaja:
  4. Skirt bagi pakaian barat hendaklah labuh melebihi paras lutut; dan
  5. Berkasut yang sesuai


2 comments: