07 April 2009

Jadual Tugasan Persiapan Ruang Pameran [Rabu, 8 April 2009]

Jadual Tugasan Persiapan Ruang Pameran [Rabu, 8 April 2009]

1. AJK bahan pameran
• Tugasan- menyerahkan semua bahan pameran yang akan digunakan sepanjang pameran
pada 9 April 2009 kepada AJK bahagian persiapan.
• Memastikan susun atur bahan pameran berada dalam keadaan teratur [selepas AJK
perhiasan dan peralatan menyiapkan kerja-kerja penyusunan dan perhiasan akhir]

2. AJK peralatan
• Memastikan semua peralatan yang akan digunakan sepanjang hari Ko-K, sedia di tapak
pameran.
• Memastikan peralatan di kemas semula dan berada dalam keadaan asal selepas hari Ko-K
[tugasan untuk hari Khamis, April 9, 2009]. Segala kerosakan pada peralatan perlu
dimaklumkan kepada Tuan Pengerusi [Saudara Faisal]

3. AJK perhiasan
• Menghias tapak pameran dan menyusun atur peralatan yg disediakan.
• Memastikan semua bahan perhiasan dikemas semula selepas tamat hari Ko-K [tugasan
pada petang hari Khamis 9April 2009]

4. Lain-lain
• Semua pelajar perlu hadir [selepas kuliah masing-masing] ke tapak pameran untuk
membantu persiapan akhir tapak pameran.

P/s: jadual tugasan untuk hari Khamis akan di upload secepat mungkin, kerana saya masih menanti beberapa pelajar yang belum lagi menyerahkan jadual kuliah mereka.

Faisal Mustaffa.
Pengarah AJK GNEK 1044
Asas Protokol dan Imej Diri