26 February 2009

Jenis-Jenis Pakaian

Pada masa ini, hampir semua jenis majlis ada menetapkan jenis pakaian yang tetamu perlu pakai. Peraturan pakaian ini ada disebut dalam kad jemputan sama ada di sebelah kanan, bawah ataupun sebelah belakang kad. Antara jenis pakaian yang biasa terdapat dalam kad jemputan ialah:
  1. Pakaian Kebangsaan Rasmi;
  2. Pakaian Kebangsaan Hitam;
  3. Pakaian Kebangsaan
  4. Dark Lounge Suit;
  5. White Tie atau Tail Coat;
  6. Dinner Jacket, Black Tie atau Smoking Jacket;
  7. Morning Dress;
  8. Pakaian Kerja
  9. Lounge Suit;
  10. Batik Lengan Panjang
  11. Pakaian yang sesuai;
  12. Pakaian Sopan; dan
  13. Pakaian Bebas
PAKAIAN KEBANGSAAN RASMI

Apabila Pakaian Kebangsaan Rasmi dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi;
  1. Tanjak bewarna hitam
  2. Baju Melayu bewarna hitam berleher cekak musang
  3. Seluar hitam
  4. Samping Warna Hitam (Songket)
  5. Bengkung Warna Hitam
  6. Stoking Warna Hitam
  7. Sepatu kulit hitam berkilat
  8. Berkeris (waktu malam tidak berkeris)
PAKAIAN KEBANGSAAN HITAM

Apabila Pakaian Kebangsaan Hitam dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Songkok hitam
  2. Baju Melayu bewarna hitam berleher cekak musang
  3. Samping songket hitam
  4. Stoking hitam
  5. Sepatu kulit hitam berkilat
PAKAIAN KEBANGSAAN

Apabila Pakaian Kebangsaan dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Songkok hitam
  2. Baju Melayu berleher cekak musang
  3. Seluar Melayu
  4. Samping songket
  5. Stoking hitam
  6. Sepatu kulit hitam berkilat
Warna seluar, baju dan samping adalah pilihan sendiri tetapi hendaklah bersesuaian (warna seluar dan baju hendaklah sama).

DARK LOUNGE SUIT

Apabila Dark Lounge Suit dikehendaki dipakai, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Lounge Suit bewarna gelap
  2. Kemeja putih berkolar
  3. Tali leher warna gelap
  4. Stoking hitam
  5. Sepatu kulit hitam berkilat
  6. Bersongkok (jika disebut dan diperlukan)
WHITE TIE

Apabila White Tie dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Tail Coat panjang hitam
  2. Waistcoat putih
  3. Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan
  4. Wing Collar
  5. Bow-tie putih
  6. Seluar hitam
  7. Sepatu kulit hitam berkilat
DINNER JACKET 'BLACK TIE' ATAU 'SMOKING JACKET'


Apabila Black Tie dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau Shell Jaket Putih (Tuxedos)
  2. Kemeja putih berkanji dibahagian hadapan
  3. Soft Collar
  4. Bow-tie hitam
  5. Cummerbund (bengkong) hitam atau Waistcoat putih
  6. Seluar hitam dengan jalur sutera
  7. Stoking hitam
  8. Sepatu kulit hitam berkilat
MORNING DRESS
Apabila Morning Dress dikehendaki, maka ia hendaklah mengandungi:
  1. Tail Coat hitam
  2. Waistcoat hitam
  3. Kemeja Putih
  4. Plain Collar (stiff turndown)
  5. Tali leher warna kelabu
  6. Seluar hitam berjalur-jalur
  7. Stoking hitam
  8. Sepatu kulit hitam berkilat
(Topi hitam sutera dipakai bagi majlis rasmi dan formal)

Pakaian kerja memadai dengan kemeja lengan panjang dan tali leher yang biasa dipakai di pejabat ataupun bush jacket warna seluar dan baju. Lounge suit sama seperti Dark Lounge suit tetapi warnanya bebas. Walaupun warna bebas tetapi perlu disesuaikan dengan masa. Batik lengan panjang biasanya dipadankan dengan seluar bewarna gelap. Pakaian batik lengan panjang sesuai untuk acara pagi, tengah hari, petang dan malam. Jika disebut pakaian yang sesuai atau pakaian sopan atau bebas tidak bermakna bebas sesuka hati. Adalah lebih selamat jika lelaki memakai batik lengan panjang dan wanita memakai baju kurung.

Peraturan pakaian wanita bagi majlis yang diadakan di Istana Negara adalah seperti berikut:
  1. Baju kebaya hendaklah labuh sehingga ke bawah paras lutut;
  2. Kain bagi baju kebaya tidak boleh yang ada belah sama ada di tepi atau di belakang;
  3. Blouse bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan dan tidak menunjukkan perut dan pusat. Pakaian cheongsam hendaklah labuh ke paras tumit kaki dan yang ada lengan serta belahannya sampai ke paras lutut sahaja:
  4. Skirt bagi pakaian barat hendaklah labuh melebihi paras lutut; dan
  5. Berkasut yang sesuai


Susunan Keutamaan

Susunan Keutamaan Persekutuan ialah satu senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam. Susunan keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang ke-20 telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 melalui P.U. (B) 29. Susunan keutamaan ini mengandungi 70 kategori.

KEPENTINGAN

Susunan Keutamaan Persekutuan yang diselenggarakan oleh sebuah jawatankuas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Susunan Keutamaan Persekutuan ini amatlah mustahak diketahui oleh pegawai-pegawai protokol dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengendalian pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi, formal atau tidak formal. Antara kegunaan susunan keutamaan ini adalah:
  1. Menyusun tempat duduk bagi pelbagai majlis formal;
  2. Menyusun atur cara pelbagai majlis;
  3. Menyusun bendera-bendera negeri di Malaysia;
  4. Tertib ketibaan tetamu kenamaan dalam majlis formal;
  5. Tertib kepulangan tetamu kenamaan dalam majlis formal; dan
  6. Penyampaian ucapan.
Susunan keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang ke-20. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan keutamaan ini mengandungi 70 kategori seperti berikut:
  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  2. Raja Pemaisuri Agong
  3. Raja dan Pemangku Raja (negeri lain)
  4. Yang Dipertua Negeri
  5. Bekas Pemaisuri Agong yang menerima saraan diraja daripada kerajaan persekutuan
  6. Perdana Menteri
  7. Timbalan Perdana Menteri
    • Bakal Raja (Tengku Mahkota / Raja Muda)
  8. Ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  10. Ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
    • Dato' Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin
  11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
  12. Yang Dipertua Dewan Negara
  13. Yang Dipertua Dewan Rakyat
  14. Bekas Perdana Menteri
  15. Bekas Timbalan Perdana Menteri
  16. Ahli Jemaah Menteri
  17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara
    • Menteri Besar dan Ketua Menteri
  18. Peguam Negara
  19. Panglima Angkatan Tentera
  20. Ketua Polis Negara
  21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  22. Timbalan Menteri
  23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
  24. Pesuruhjaya Tinggi, Duta Besar, Menteri yang mutlak, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-kuasa Usaha
  25. Presiden Mahkamah Rayuan
  26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
  27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
  28. Ketua Pembangkang dalam Parlimen
  29. Hakim Mahkamah Persekutuan
  30. Hakim Mahkamah Rayuan
  31. Setiausaha Parlimen
  32. Bekas Ketua Setiausaha Negara
  33. Pegawai Gred Utama Turus I, II dan III
  34. Bekas Peguam Negara
    Bekas Panglima Angkatan Tentera
    Bekas Ketua Polis Negara
  35. Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan
  36. Hakim Mahkamah Tinggi
  37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam
  38. Pesuruhjaya Kehakiman
  39. Ketua Audit Negara
  40. Gabenor Bank Negara
  41. Datuk Bandar Kuala Lumpur
  42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan
  43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
  45. Datuk Paduka Maharajalela
  46. Ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
  47. Ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
  48. Profesor Diraja
  49. Ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  50. Ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
    • Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri
    • Speaker Dewan Undangan Negeri
  51. Ahli Dewan Negara
  52. Ahli Dewan Rakyat
  53. Pegawai Gred Utama 'A' dan Pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
  54. Panglima Tentera Darat
  55. Panglima Tentera Laut
  56. Panglima Tentera Udara
  57. Timbalan Ketua Polis Negara
  58. Ketua Setiausaha Kementerian
  59. Naib Canselor Universiti
    • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Negeri di Sabah/Sarawak
  60. Pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
  61. Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas
  62. Wakil Tempatan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu
  63. Pegawai Gred Utama 'C', Pegawai Tentera dan Polis dan Ketua Badan Berkanun yang setaraf dengannya.
    • Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
  64. Ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)
  65. Ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  66. Ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)
  67. Pegawai Gred I, Pegawai Tentera dan Polis dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya
  68. Setiausaha Politik
  69. Pegawai Gred II dan pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
  70. Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia

Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan & Negeri yang Membawa Gelaran

Darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran adalah seperti berikut:

  1. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) membawa gelaran
    TUN dan isterinya TOH PUAN.
  2. Seri Setia Mahkota (S.S.M.) membawa gelaran
    TUN dan isterinya TOH PUAN.
  3. Panglima Mangku Negara (P.M.N.) membawa gelaran
    TAN SRI dan isterinya PUAN SRI.
  4. Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) membawa gelaran
    TAN SRI dan isterinya PUAN SRI.
  5. Panglima Jasa Negara (P.J.N.) membawa gelaran
    DATUK dan isterinya DATIN.
  6. Panglima Setia Diraja (P.S.D.) membawa gelaran
    DATUK dan isterinya DATIN.
Semua negeri dalam Malaysia mempunyai anugerah darjah kebesaran yang tersendiri. Bilangan pula berbeza; Kedah misalnya mempunyai 22 anugerah manakala Sabah mempunyai 7 anugerah. Bagi anugerah persekutuan, sebahagian daripada anugerah tersebut membawa gelaran. Bagi mengelakkan kekeliruan diperuntukkan di bawah ini anugerah-anugerah negeri yang membawa gelaran.

JOHOR DARUL TAKZIM
  1. Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin Dato' (diikuti dgn nama suami)

  2. Sri Setia Sultan Ismail Johor (S.S.I.J.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin Dato' (diikuti dgn nama suami)

  3. Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin Dato' (diikuti dgn nama suami)

  4. Dato' Setia Sultan Ismail Johor (D.S.I.J.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin Dato' (diikuti dgn nama suami)
KEDAH DARUL AMAN

  1. Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  2. Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.)
    • Lelaki: Dato' Paduka
    • Perempuan: Dato' Paduka
    • Isteri: Datin Paduka

  4. Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  5. Dato' Sedia Diraja Kedah (D.S.D.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
KELANTAN DARUL NAIM

  1. Sri Paduka Mahkota Kelantan Al-Muhammadi (S.P.M.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  2. Sri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Al-Ismaili (S.J.M.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  3. Sri Paduka Kesatria Mahkota Kelantan Al-Yahyani I (S.P.K.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  4. Sri Paduka Mahkota Kelantan Al-Ibrahim I (S.P.S.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  5. Dato' Paduka Mahkota Kelantan Al-Muhammadi II (D.P.M.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  6. Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Al-Ismaili II (D.J.M.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  7. Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Al-Ibrahim II (D.P.S.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  8. Dato' Paduka Kesatria Mahkota Kelantan Al-Yahyani II (D.P.K.K.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
MELAKA
  1. Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.)
    • Lelaki: Datuk Seri Utama
    • Perempuan: Datuk Seri Utama
    • Isteri: Datin Seri Utama

  2. Darjah Gemilang Negeri Melaka (D.G.S.M.)
    • Lelaki: Datuk Seri
    • Perempuan: Datuk Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Darjah Gemilang Seri Melaka (D.C.S.M.)
    • Lelaki: Datuk Wira
    • Perempuan: Datuk Wira
    • Isteri: Datin Wira

  4. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.)
    • Lelaki: Datuk
    • Perempuan: Datuk
    • Isteri: Datin
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
  1. Darjah Seri Paduka Tuanku Jaafar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  2. Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar (D.P.T.J.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  4. Darjah Dato' Seri Negeri Sembilan (D.S.N.S.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
PAHANG DARUL MAKMUR
  1. Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato' Sri
    • Perempuan: Dato' Sri
    • Isteri: Datin

  2. Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  3. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
PERAK DARUL RIDZUAN
  1. Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  2. Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin

  4. Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  5. Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

  6. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
PERLIS INDERA KAYANGAN
  1. Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (S.S.P.J.)
    • Lelaki: Dato' Seri DiRaja
    • Perempuan: Dato' Seri DiRaja
    • Isteri: Datin Seri DiRaja

  2. Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Dato' Seri Tuanku Syed Putra Jamalullail (D.S.P.J.)
    • Lelaki: Dato' Paduka
    • Perempuan: Dato' Paduka
    • Isteri: Datin Paduka

  4. Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
PULAU PINANG
  1. Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  2. Darjah Gemilang Pengkuan Negeri (D.G.P.N.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin
    • Isteri: Datin

  4. Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
SELANGOR DARUL EHSAN
  1. Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  2. Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: Datin Seri

  3. Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)
    • Lelaki: Dato' Setia
    • Perempuan: Dato' Setia
    • Isteri: Datin Paduka Setia

  4. Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin

  5. Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin

  6. Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Datin Paduka
    • Isteri: Datin
SABAH
  1. Sri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.)
    • Lelaki: Datuk Seri Panglima
    • Perempuan: Datuk Seri Panglima
    • Isteri: Datin Seri Panglima

  2. Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.)
    • Lelaki: Datuk
    • Perempuan: Datuk
    • Isteri: Datin
SARAWAK
  1. Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.)
    • Lelaki: Datuk Patinggi
    • Perempuan: Datuk Patinggi
    • Isteri: Datin Patinggi

  2. Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.)
    • Lelaki: Datuk Amar
    • Perempuan: Datuk Amar
    • Isteri: Datin Amar

  3. Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.)
    • Lelaki: Datuk
    • Perempuan: Datuk
    • Isteri: Datin

  4. Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.)
    • Lelaki: Datuk
    • Perempuan: Datuk
    • Isteri: Datin
TERENGGANU DARUL IMAN
  1. Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Peringkat Pertama (S.S.M.T)
    • Lelaki: Dato' Seri
    • Perempuan: Dato' Seri
    • Isteri: To' Puan Seri

  2. Seri Paduka Mahkota Terengganu Peringkat Pertama (S.P.M.T)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: To' Puan

  3. Dato' Setia Sultan Mahmud Terengganu Peringkat Kedua (D.S.M.T)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: To' Puan

  4. Dato' Paduka Mahkota Terengganu Peringkat Kedua (D.P.M.T)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: To' Puan

Susunan Keutamaan bagi Anugerah Persekutuan

Anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan telah dizahirkan pada tahun 1958 dan istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan telah diadakan buat kali pertama pada 31 Ogos 1958, mengambil sempena hari ulang tahun pertama kemerdekaan. Istiadat penganugerahan pada tahun-tahun setersnya pula diadakan pada hari ulang tahun rasmi Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Susunan keutamaan anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan adalah seperti dibawah: (Sila klik pada nama darjah kebesaran, bintang atau pingat persekutuan untuk maklumat lebih lanjut tentang bintang tersebut)

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa S.P.
2. Darjah Kerabat Diraja Malaysia D.K.M.
3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara D.M.N.
4. Seri Maharaja Mangku Negara S.M.N.
5. Seri Setia Mahkota S.S.M.
6. Darjah Bakti D.B.
7. Panglima Mangku Negara P.M.N.
8. Panglima Setia Mahkota P.S.M.
9. Panglima Jasa Negara P.J.N.
10. Panglima Setia Diraja P.S.D.
11. Johan Mangku Negara J.M.N.
12. Johan Setia Mahkota J.S.M.
13. Johan Setia Diraja J.S.D.
14. Kesatria Mangku Negara K.M.N.
15. Kesatria Setia Diraja K.S.D.
16. Ahli Mangku Negara A.M.N.
17. Pingat Pangkuan Negara P.P.N.
18. Bentara Setia Diraja B.S.D.
19. Panglima Gagah Berani P.G.B.
20. Jasa Perkasa Persekutuan J.P.P.
21. Pingat Tentera Udara P.T.U.
22. Pingat Kebaktian P.K.
23. Pingat Khidmat Berbakti P.K.B.
24. Pingat Perkhidmatan Am P.P.A.
25. Kepujian Perutusan Keberanian K.P.K.
26. Pingat Perkhidmatan Setia P.P.S.
27.
28.
Pingat Peringatan Malaysia
Pingat Pertabalan
P.P.M.
P.P.


Definisi Protokol

Perkataan 'protokol' dikatakan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermaksud yang pertama manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang "pertama" merujuk sehelai kertas yang ditampalkan pada dokumen undang-undang untuk membuktikan kesahihannya.

Istilah protokol ini berubah-ubah dari segi penggunaannya. Pada suatu ketika, protokol dimaksudkan sebagai surat cara atau surat rasmi yang asal, berkenaan keputusan perundingan atau persetujuan dalam perjanjian. Kemudian protokol juga dirujuk pada bidang tatasusila diplomatik.

Di Perancis, protokol adalah rumusan etiket atau tatasusila yang harus dipatuhi oleh ketua-ketua negara dalam upacara tertentu, hubungan dengan duta-duta, ketua-ketua negara asing dan sebagainya.

Daripada Larouse Illustrated International Encyclopedia and Dictionary, protokol dapatlah difahami sebagai:

Suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan juga prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara.

Suatu draf permulaan atau memorandum dokumen diplomatik seperti ketetapan yang telah dipersetujui dalam rundingan untuk dimasukkan ke dalam suatu persetiaan formal dan ditandatangani oleh perunding-perunding.

Dalam kehidupan rakyat di Malaysia, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, protokol ini lebi banyak dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana.